RM0.15/CLICK

Tuesday, 12 November 2013

Siti Nurhaliza tegur Khairy Jamaluddin biadap


PENTING

INGIN MENJANA PENDAPATAN??

DGN HANYA SATU KLIK  KITA DAPAT RM0.15 MKIN BNYK KLIK!! MKIN BANYAK KITA DPT..

 klik / copy link ini untuk maklumat lanjut...
click sini



Laporan portal hiburan Murai
KUALA LUMPUR, 12 NOV 2013: Baru sahaja tengahari tadi Murai Batu baca dan tengok video YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan kita yang muda dan kacak itu di Murai.com.my di mana dia memberikan ucapan selepas diumumkan sebagai pemenang untuk kategori Wired Celebrity Award di Shout! Awards yang berlangsung Sabtu lepas.
Bukan main lagi dia memberitahu para penyokong dan pengikutnya serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya selama ini dan juga mengundinya untuk membawa pulang anugerah tersebut.
Tup tup petang tadi Murai Batu terbaca pula tweet daripada penyanyi nombor satu kita tak lain dan tidak bukan Dato’ Siti Nurhaliza yang dilihat menyuarakan pendapatnya mengenai tindakan YB Khairy Jamaluddin atau KJ yang disifatkan terlalu lantang dan seakan biadap terhadap pemimpin yang lebih veteran.
Siti Nurhaliza @CTNurhaliza11- Sbg Menteri Muda &being look up,rasanya @Khairykj perlu menggunakan pendekatan yg lebih berhemah.lantang x perlu biadap dgn yg lebih tua.
Pada pandangan Murai Batu ia berbunyi seperti teguran serta pendapat Dato’ Siti Nurhaliza yang juga merupakan individu yang disegani oleh ramai.
Jadi dia merasakan sebagai seorang yang mempunyai nama haruslah berhemah jika mahu mengeluarkan sebarang kenyataan agar tidak menyinggung.
Jangan nanti teguran yang ingin disampaikan menjadi satu komen negatif kalau salah atur kata, betul tak? Punca sebenar mengenai status yang dimuatnaik oleh @CTNurhaliza11 itu pada tengahari tadi tidaklah pula Murai Batu tahu mengapa tetapi melalui pemerhatian dan ada juga Murai Batu bertanyakan teman yang meminati arena bolasepak negara, khabarnya kerana YB KJ lantang mengkritik Presiden FAM iaitu Sultan Ahmad Shah.
Tetapi Dato’ Siti telah menjelaskan bahawa status yang dimuatnaiknya itu sekadar pendapat peribadi sebagai seorang rakyat Malaysia yang bebas bersuara apabila dirasakan sesuatu yang kurang manis berlaku.
Ia pula melibatkan kritikan daripada seorang pemimpin kepada seorang pemerintah yang berdarah raja, kalau salah bicara lain pula jatuh hukumnya. Betul tak?
Itu apa yang Murai Batu rasakan lah. Apa-apa pun kita lihat ia daripada sisi positif sahaja. Bukan mahu mengeruhkan keadaan, sekadar berkongsi dengan pembaca sekalian. Mungkin anda ada pandangan anda sendiri?

Bakal Pengantin Maut Selepas Jawab Telefon Guna iPhone5

PENTING

INGIN MENJANA PENDAPATAN??

DGN HANYA SATU KLIK  KITA DAPAT RM0.15 MKIN BNYK KLIK!! MKIN BANYAK KITA DPT..

 klik / copy link ini untuk maklumat lanjut...
click sini



China – Apple melancarkan siasatan selepas seorang wanita yang juga bekas pramugari China Southern Airlines, Ma Ailun, meninggal dunia akibat renjatan elektrik ketika menjawab panggilan dengan menggunakan iPhone 5.

Ailun rebah ke lantai sebaik sahaja dia menjawab panggilan telefon.
Ketika itu iPhone 5 tersebut sedang dicaj di rumahnya, Khamis lalu.
Dia yang berusia 23 tahun dan bakal berkahwin pada 8 Ogos ini, dikejarkan ke hospital di Xinjiang, namun doktor gagal menyelamatkannya.
Menurut anggota keluarganya, Ailun membeli iPhone 5 itu daripada kedai Apple pada bulan Disember lalu.
Mereka sekeluarga telah menyerahkan telefon pintar itu dan aksesorinya kepada pihak berkuasa.
Sementara itu, jurucakap Apple memaklumkan bahawa pihaknya berasa sedih dengan insiden yang menimpa Ailun.
“Kami akan menjalankan siasatan penuh dan dalam masa sama memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa,’’ katanya.
Insiden malang yang menimpa Ailun itu mendapat perhatian banyak pihak di China malah orang ramai menulis dalam media sosial Weibo menggesa supaya pengguna iPhone tidak menjawab panggilan telefon ketika telefon itu sedang dicaj.

Wanita paling cantik di Asia 2012 !!


Siapakah wanita paling cantik di Asia 2012? Inilah wanita paling cantik di Asia 2012 yang korang perlu tahu. Nama wanita ini ialah Elly Tran Ha, seorang yang berbangsa Vietnam dan berumur 25 tahun. Wanita paling cantik di Asia 2012 ini merupakan seorang model sepenuh masa di Vietnam dan beliau mula terkenal pada tahun 2009 selepas beberapa gambar seksinya tersebar di internet melalui blog.
 

Elly Tran Ha mempunyai ketinggian 1.63m dan berat 47kg.



Bekas Teman Lelaki Sebar Foto Bogel Penyanyi Dangdut


Penduduk di Tulungagung, Jawa Timur digemparkan dengan foto panas penyanyi dangdut Ratna Dewi atau Dewi Permatasari.
Foto Dewi, 22, yang berasal dari Ngantru itu tersebar di Internet, termasuk melalui Facebook.
Terdapat pelbagai aksi dalam foto yang dimuat turun itu, termasuk foto yang menunjukkan penyanyi terbabit tidak memakai seurat benang pun. Dikhabarkan bahawa foto itu kononnya dimuat turun oleh bekas kekasih penyanyi berkenaan.
Bagaimanapun, kemunculan foto itu mendapat kecaman banyak pihak selepas dikongsi dalam kumpulan ‘Tulungagung Sparkling’ di Facebook. Pentadbir kumpulan itu turut mengingatkan ahlinya agar tidak berkongsi foto tidak senonoh bagi mengelakkan akaun mereka disekat.
“Ahli kumpulan ini diberi amaran agar tidak berkongsi foto tidak sopan walaupun untuk koleksi peribadi. Tolong laporkan kepada kami agar foto seumpamanya disekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Pakcik Majid Bernazar Jalan Kaki Dari Kuantan Ke Shah Alam Kini Tiba Di Stadium Shah Alam.



Tiada kata yg mampu terucap…hanya berbekalkan rm60 sbg wang saku pada awalnya….tiada sebarang publisiti..tiada sebarang tajaan….tiada jln pintas…hanya tidur beralaskan kad kotak setiap mlm.akhirnya misi terlaksana.tercatat namanya dlm malaysia guiness of record….tanpa dipinta..




Apa itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?


MENUBUHKAN sistem pengajian sendiri mirip sukatan pelajaran di universiti serta mewujudkan beberapa pertubuhan dengan tujuan mengutip dana, adalah antara ‘modus operandi’ ajaran sesat “Tuhan Harun” dalam usaha menyebarkan ajaran tersebut kepada orang ramai.
Ketua ajaran tersebut, Harun Mat Saat, 47, dikesan menyebarkan sistem pengajian itu dikenali sebagai ‘Universiti Universal Overhead God’ kepada lebih 300 pengikutnya.
Harun membahagikan pengikutnya kepada tiga peringkat pengajian iaitu ‘Intake baru’ diperkenalkan kepada pengikut baru, peringkat ‘Doktorat’, dan tahap paling tinggi dinamakan ‘Doctor World of God’ yang dikatakan setaraf PhD.
Harun juga disyaki menubuhkan beberapa pertubuhan digunakan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan.
Antara pertubuhan yang berjaya dikesan itu adalah Pertubuhan Kebajikan Addiin Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Muallaf Malaysia masing-masing berpangkalan di Kluang dan Skudai, Johor.

Antara ritual mereka setiap hari ialah bermain muzik atau ‘jamming’ lagu berentak rock menjelang masuk waktu Maghrib dan menyanyi lagu yang liriknya memuja ketua kumpulan dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’.
Apabila azan berkumandang, pengikut ajaran sesat Tuhan Harun itu semakin rancak mengalunkan muzik keras sambil terlompat-lompat menyanyi serta menari.
Untuk rekod, pada 24 April lalu, Harun didakwa di Mahkamah Syariah Kuantan atas 11 pertuduhan termasuk menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai Tuhan.
Kemudian Harun dihadapkan pula ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dua tuduhan menerima deposit secara haram sebanyak RM40 juta daripada beberapa buah syarikat dan orang ramai.

Sunday, 10 November 2013

MAYAT KENA IKAT DITEMUI



Anggota polis melakukan pemeriksaan ke atas mangsa bunuh di Kampung Padang Siding, Arau, semalam. - Foto Amran Hamid
Arau: Seorang lelaki berusia 20-an ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kaki dan tangan terikat di tangga kayu yang disandarkan pada sebatang pokok manggis di dusun di Kampung Padang Siding di sini, semalam.

Ketika mayat ditemui orang awam kira-kira jam 9 pagi, kemaluan mangsa dikatakan dibiarkan terdedah, dipercayai untuk mengaibkannya. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah, berkata polis tidak menemui dokumen pengenalan diri mangsa serta tiada kesan kecederaan. 


Tiada tanda kecederaan

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kematian serta motif utama pembunuhan kerana tiada sebarang tanda kecederaan ditemui pada mayat itu.

“Bagaimanapun, keadaan mayat yang terikat dengan kemaluan yang sengaja didedahkan mungkin boleh memberi petunjuk bahawa kes itu kemungkinan besar bermotifkan dendam,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, untuk bedah siasat. 
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Sarih Salleh di talian 019-3334940 untuk membantu siasatan.