RM0.15/CLICK

Sunday, 10 November 2013

Jutawan Malaysia Didakwa Rasuah Pegawai Tinggi Tentera Laut Amerika

“Berita ini telah menggemparkan negara kuasa besar dunia Amerika Syarikat, tetapi ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar berita ini. Seorang jutawan Malaysia telah didakwa terlibat dalam skandal rasuah Tentera Laut Amerika Syarikat yang melibatkan jutaan dolar, rasuah seks, konsert Lady Gaga serta percutian mewah. Pegawai tinggi Tentera Laut AS didakwa membekalkan maklumat sulit perjalanan kapal-kapal perang Amerika Syarikat kepada jutawan Malaysia tersebut. Maklumat sulit ini digunakan untuk mengeksploitasi perkhidmatan yang dibekalkan apabila kapal-kapal perang ini berlabuh di Malaysia dan beberapa negara lain. Di kala negara dikejutkan dengan rahsia yang tidak rahsia apabila kedutaan Amerika menjadi pusat perisikan, dunia dikejutkan dengan berita jutawan Malaysia merasuah pegawai tinggi Tentera Laut Amerika. Ini secara tidak langsung “menghalalkan” kerja-kerja perisikan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat di Malaysia. Persoalan timbul, jika jutawan Malaysia tersebut didakwa terlibat merasuah pegawai tinggi Tentera Amerika, apakah ada kemungkinan jutawan tersebut boleh melakukan perkara yang sama kepada pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia? Pendapatan Berkurangan Apabila Kapal Tentera Laut AS Tidak Lagi Berlabuh di Port Klang KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia mengalami kerugian jutaan ringgit apabila kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) tidak lagi melakukan persinggahan di Port Klang Cruise Centre yang dimiliki oleh Glenn Defense Marine Asia. Amerika Syarikat telah menggantung kontrak mereka dengan syarikat berkenaan pada 20 September lalu selepas pemiliknya yang merupakan rakyat Malaysia, Leonard Glenn Francis, ditahan kerana menipu kontrak bernilai jutaan dolar dengan Pentangon serta merasuah pegawai tentera laut AS. Francis, 49, yang lebih dikenali sebagai Si Gemuk Leonard didakwa di San Diego bersama-sama dua komander tentera laut AS, kerana terlibat dengan skandal pelacuran, persembahan Lady Gaga, pelancongan mewah, serta kontrak kerajaan bernilai jutaan dolar.

No comments:

Post a Comment